KUALA LUMPUR, 24 Januari 2022 – MR. D.I.Y, peruncit barangan pembaikan rumah terbesar di Malaysia dengan kerjasama dompet digital, ShopeePay kini menawarkan kit ujian kendiri air liur dan nasal Covid-19 pada harga mampu milik, sekaligus memberikan kemudahan kepada rakyat Malaysia untuk melakukan ujian saringan kendiri.
Apabila pengguna menggunakan baucar ShopeePay untuk melakukan pembelian, mereka boleh mendapatkan kit ujian kendiri air liur dan nasal Covid-19 pada harga diskaun RM3.00. Harga runcit bagi kit ujian kendiri Covid-19 adalah pada RM4.80 di MR. D.I.Y dan RM5.00 di MR. DOLLAR. Promosi sah bermula 17 Januari hingga 28 Februari 2022.
Pengguna Shopee perlu melayari ciri “ShopeePay Near Me” pada aplikasi Shopee dan memilih Baucar 1 Sen ShopeePay. Selepas pembelian baucar berjaya, pengguna boleh mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 pada harga RM3.00 di cawangan MR. D.I.Y, MR.TOY dan MR. DOLLAR yang mengambil bahagian.
Kedua-dua kit ujian kendiri air liur dan nasal Covid-19 boleh didapati di MR. D.I.Y, MR.TOY dan MR. DOLLAR dan telah mendapat kelulusan oleh Bahagian Peranti Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dapatkan Baucar ShopeePay MR. DIY di aplikasi Shopee sekarang.
Tertakluk kepada terma & syarat.